send link to app

An-Nisa' iPhone (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)


4.0 ( 9120 ratings )
Referencia Libros
Desarrollador Mohd Suhairi Ahmad Soobni
Libre

Susunan tafsir An-Nisa versi iPhone ini adalah penerbitan seterusnya selepas surah-surah yang telah diterbitkan hanyalah untuk versi iPad sahaja. InsyaAllah surah-surah seterusnya bagi versi iPhone ini akan menyusuli tidak berapa lama lagi. Semoga susunan-susunan tafsir ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sesungguhnya susunan-susunan tafsir ini adalah susunan yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu.

Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati.

Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat.

Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah:
1.Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi
2.Jami Al-Bayan an Tawil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari
3.Al-Jami li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
4.Adhwaul Bayan oleh Syaikh Asy-Syanqithi

Kitab-kitab tafsir lain:
1.Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy
2.At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
3.Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb
4.The Noble Quran oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan
5.Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally
6.Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka


Bermula dengan versi iphone ini terjemahan kepada semua ayat-ayat Quran disemak dan diperhalusi untuk lebih menetapi kehendak irab Al-Quran.

Sedikit pembaharuan terhadap antara muka dan menu navigasi (user interface and navigation menu) aplikasi susunan tafsir Abu Haniff versi iPhone berbanding versi iPad juga telah dilakukan.

Teguran dan perbincangan dari pembaca-pembaca adalan amat dialu-alukan, dan penyusun dapat dihubungi melalui e-mail [email protected].